Sunday, March 15, 2009

Malas itu indah sebenarnya...

Lima enam kali menaip entri. Tapi tekan backspace lagi. Tapi aku terus cuba menaip lagi. Dengan harapan untuk menulis sesuatu yang sia-sia untuk dibaca oleh korang semua yang mungkin kebosanan macam aku. Harapan akulah. Yeah, weekend menjelma lagi. Dan aku masih tidak punya perancangan bagaimana untuk menghabiskan sisa weekend aku kali ni. Aku cuba, cuba nekad untuk menonton wayang. Tapi masih tidak ada idea untuk melayan cerita apa.Dan akhirnya terpaksa di batalkan kerana aku begitu letih lalu menghabiskan masa lapang dengan tidur sehingga tak ingat dunia.

Sama jugalah macam aku takde idea nak tulis entri kali ni. Atau mungkin juga kemalasan itu masih mengejarku. Apakan daya, aku tidak mampu berlari selaju pelari pecut dunia untuk meninggalkan kemalasan itu jauh tercicir di belakangku. Aku hanya mampu untuk bergerak seiring dengannya. Biarlah. Aku sengaja biarkan begitu. Mahu dilayan kemalasan itu, dah tak terlayan. Jadi aku biarkan aje.

Ah, merepek ala kerepek lagi. Sepatutnya aku dah mula buat assignment dan projek final aku. Tapi masih belum meletakkan starting point lagi, apatah untuk menampakkan titik penamatnya lagi. Rasa macam malas nak buat. Mungkin itu sifat kelakian yang ada pada diri aku ni. Last minute work but still quality..haha..

Eh, banyak sangat merepek dah ni. Okeylah. Terima kasih kerana sudi membaca coretan busuk aku kali ni.

No comments:

Post a Comment