Friday, February 13, 2009

diriku yang kau sakiti

aku sering bertanya pada diri sendiri...mengapa kau sering kali mnyakiti diriku..aku tertanya-tanya adakah aku ada melakukan sebarang kesalahan terhadap dirimu?adakah aku pernah menyakitkan dirimu?atau aku pernah melukakan hati dan perasaanmu?ternyata tidak pernah sekali pun aku berbuat sebegitu rupa...
kadang-kadang aku terfikir,mungkin aku ada melakukan sebarang kesilapan yang tidak pernah aku sengajakan sebelum ini maka aku terima pembalasan sebegini..aku pernah meminta penjelasan darimu atas sebab apakah kau melakukan perbuatan ini terhadapku...tetapi kau sama sekali tidak mahu menjelaskannya..dan sehingga ke hari ini kau terus-menerus mnyakitiku...
hingga sampai satu tahap aku tidak lagi mamapu untuk menahan api amarah dan kesabaranku..kau datang padaku dan aku jelas sekali akan maksudmu untuk sekali lagi menyakitiku..tanpa belas kasihan aku terus menamparmu..fikiranku tidak lagi rasional seperti dahulu..maafkan aku kerana terpaksa bertindak sedemikian rupa..ini semua sudah berada di luar kawalan fikiran warasku..ku lihat kau terhoyong hayang membawa diri selepas menerima tamparan pertama ku..tetapi kau seakan-akan tidak pernah serik selepas menerima tamparan itu..pada malam itu kau datang bersama beberapa kawan-kawanmu..aku faham,kau ingin mamabalas dendam atas perbuatanku siang tadi...tetapi ternyata tidak ada sekelumit pun rasa takut terhadapmu kali ini..dan kali ini tanpa teragak-agak lagi aku terus manamparmu sekuat hatiku sehinggakan kau tercampak ke dinding..begitu juga dengan kawan-kawanmu...ku lihat kau berlumuran dgn darah,badanmu menggeletik seketika sebelum menghembuskan nafasmu yg terakhir..aku sayu melihatkan keadaanmu yg lemah dan tidak mampu bergerak..namun perasaan puas hatiku telah mengatasi perasaan bersalahku...ternyata aku berasa begitu gembira setelah kupastikan kau benar-benar telah mati di tepi dinding itu...
padan muka kau nyamuk...sape suruh ko kacau aku..kn free je mati...cilakak sungguh...

No comments:

Post a Comment